Tuesday, August 31, 2010

pengantar penulisan

Tok tok tok.....buka je pintu bilik tiba-nampak muka Jan.Astaghfirullah al azim saya terlupa pulak ada kelas sblm pagi ni...bila fikir balik rase macam malas nak pergi..Walaupun lambat sedikit saya tetap kuatkan semangat untuk ke kelas cikgu..Buat cikgu maafkan saya kerana lambat hadir dan selamat menjalani ibadah puasa...

Monday, August 30, 2010

MAKANAN SEMASA HARI RAYA AIDILFITRI

Sejarah Ketupat
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya,manakala ketupat nasi dibuat daripada beras atau padi. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.




Wednesday, August 25, 2010

pengantar penulisan

Rugi rasanya sebab tak pergi kelas sblm semalam...Mintak maaf banyak-banyak ya cikgu sebab saya tak hadir semalam...

Saturday, August 14, 2010

Pengantar penulisan

IBU

Ibu...

Hadirmu bagaikan mentari (3)
Tanpamu tiadalah diri ini
Kaulah hidupku
Kaulah jiwaku
Kasih sayangku hanya untukmu
Wahai insan yang yang bergelar ibu

Ibu...

Kesabaranmu membuatkan aku terharu
Kasih sayangmu membuat aku
Rindu akan dirimu
Pengorbananmu sentiasa dalam ingatanku

Bagaikan menatang minyak yang penuh (1)
Engkau sabar membesarkan diri ini
Walaupun dirimu berada
Dalam kesakitan ketika itu


Ibu...

Kini aku telah dewasa
Anakmu yang dahulunya sering menangis
Kini sedang belajar untuk
Menjadi insan berguna
Mengorak langkah
Mengejar cita-cita (4)
Namun langkahku
Tidak sekental semangatku
Aku telah tersungkur kekalahan

Ibu...

Untuk mengotakan seribu janji
Dengan harapan engkau akan
Tersenyum di kemudian hari
Demi cintaku pada Allah
Demi rinduku pada Rasulullah
Demi kasih sayang pada ibu bapaku
Aku bangkit kembali
Menggenggam seribu harapan

Ibu...

Setelah kian lama aku berjuang
Akhirnya aku berjaya
Kejayaan yang kukecapi kini
Adalah hadiah yang teristimewa
Buat ibuku yang tersayang
Terima kasih
Kerana telah melahirkan diri ini.

Ciri-ciri penulisan kreatif:

1)Menggunakan bahasa kiasan

2)Bersifat komunikatif(Penulis cuba menggambarkan apa yang dialami dan dirasai olehnya)

3)Bernada puitis

4)Menggunakan ragam aktif




Saturday, August 7, 2010

pengantar penulisan

Alhamdulillah selesai satu tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.Nasib baik tugasan tersebut agak mudah..Sebenarnya tugasan berkumpulan lebih mudah jika dibandingkan dengan tugasan perseorangan..Kita boleh berkongsi lebih banyak idea serta dapat meringankan lagi beban kita.Tugasan yang akan datang agaknya mesti lebih mencabar....Kesemua subjek yang saya ambil untuk semester pertama ini sudah ada tugasan yang harus saya selesaikan.Bagaikan nak pecah kepala apabila memikirkannya.Semuanya bergantung pada diri saya sendiri sama ada nak buat ataupun tidak...