Saturday, August 14, 2010

Pengantar penulisan

IBU

Ibu...

Hadirmu bagaikan mentari (3)
Tanpamu tiadalah diri ini
Kaulah hidupku
Kaulah jiwaku
Kasih sayangku hanya untukmu
Wahai insan yang yang bergelar ibu

Ibu...

Kesabaranmu membuatkan aku terharu
Kasih sayangmu membuat aku
Rindu akan dirimu
Pengorbananmu sentiasa dalam ingatanku

Bagaikan menatang minyak yang penuh (1)
Engkau sabar membesarkan diri ini
Walaupun dirimu berada
Dalam kesakitan ketika itu


Ibu...

Kini aku telah dewasa
Anakmu yang dahulunya sering menangis
Kini sedang belajar untuk
Menjadi insan berguna
Mengorak langkah
Mengejar cita-cita (4)
Namun langkahku
Tidak sekental semangatku
Aku telah tersungkur kekalahan

Ibu...

Untuk mengotakan seribu janji
Dengan harapan engkau akan
Tersenyum di kemudian hari
Demi cintaku pada Allah
Demi rinduku pada Rasulullah
Demi kasih sayang pada ibu bapaku
Aku bangkit kembali
Menggenggam seribu harapan

Ibu...

Setelah kian lama aku berjuang
Akhirnya aku berjaya
Kejayaan yang kukecapi kini
Adalah hadiah yang teristimewa
Buat ibuku yang tersayang
Terima kasih
Kerana telah melahirkan diri ini.

Ciri-ciri penulisan kreatif:

1)Menggunakan bahasa kiasan

2)Bersifat komunikatif(Penulis cuba menggambarkan apa yang dialami dan dirasai olehnya)

3)Bernada puitis

4)Menggunakan ragam aktif




2 comments:

  1. salam ramadan

    ibu.. bonda..umi.. mummy..

    perkataan yang menggambarkan tentang pengorbanan seorang insan yang bermakna dalam kehidupan seseorang..

    bagus anda berjaya menzahirkan fikir rasa anda tentang ibu..

    paparkan juga ciri-ciri penulisan kreatif...
    sekian

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas teguran cikgu.jika ad masa saya akan memaparkannya..

    ReplyDelete