Saturday, October 16, 2010


Salam..kepada Cikgu Nasrol 'SELAMAT HARI JADI'.....semoga bahagia selalu di samping keluarga tersayang...

Monday, October 4, 2010

pengantar penulisan

Arrrgh dah nak dekat final exam ni...peningnya kepala...tak tahu nak study yang mane dulu....

Sunday, September 19, 2010

Pengantar Penulisan (Ulasan Filem)


Tajuk:Andartu Terlampau...21 hari mencari suami.....

Plot
1) Niki merupakan seorang gadis muda yang berumur 19 tahun.Ibu bapanya membuat keputusan untuk mengahwinkannya dengan calon suami yang dipilih oleh mereka atas sebab-sebab tertentu.Dalam diam-diam Niki telah jatuh cinta dengan doktor psikiatrinya iaitu doktor Ryan Diprojo.Namun dia telah membatalkan hasratnya itu.Kemudian,Niki bercinta dengan pensyarahnya pula iaitu doktor Syeikh Muzaffar tetapi telah mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua ibu bapanya.Daripada hal berikut, Niki telah membuat keputusan untuk ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya.Sebelum itu,Niki telah berjumpa dengan pensyarahnya buat kali terakhir.Akhirnya rahsia pensyarahnya terbongkar apabila Niki mendapati beliau mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain.

2)Niki telah pulang semula ke Malaysia setelah tamat pengajian.Ketika itu,dia sudah berumur 34 tahun tetapi masih belum mempunyai teman hidup.Setelah kembali dari luar negara,Niki telah bertemu semula dengan Ayub yang pernah menaruh hati terhadapnya dahulu.Namun demikian,Niki telah menaruh hati pada Jamil Johari(J.J)iaitu seorang jejaka yang baharu sahaja dikenalinya.Niki berasa pelik dengan perangai J.J dan dia sendiri telah menyiasat latar belakang J.J.Niki berasa tertipu dengan J.J apabila mengetahui bahawa J.J sudah berumah tangga.Oleh itu,Niki telah memutuskan hubungan dengan J.J dan Niki berasa sangat kecewa.

3)Seterusnya Niki telah menjodohkan Sarah dengan Ayub untuk menebus segala kekecewaan Ayub terhadapnya.Kemudian ibu bapa Niki nekad untuk mengahwinkannya memandangkan umurnya yang semakin meningkat.Ole itu, Niki telah diberikan masa selama 21 hari untuk mencari calon suami pilihannya sendiri.Ibu Niki membawanya berjumpa dengan tukang ubat tradisional(bomoh) untuk menjalani upacara mandi bunga supaya mudah untuk mendapat jodoh.Selepas beberapa hari Niki sedar akan perubahan yang berlaku ke atas dirinya selepas mandi bunga tersebut.

4)Ibu Niki telah membawa calon suami yang baharu iaitu Putra Al Biruni .Niki berasa sangat tidak selesa dengan Putra Al Biruni serta langsung tidak menepati cita rasanya.Seterusnya, Niki telah berkenalan dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripada umurnya iaitu Jeremy.Jeremy menjadi model di bawah agensi yang dimiliki oleh Niki.Mereka menyukai antara satu sama lain.Namun demikian hubungan tersebut telah mendapat bantahan daripada ibu Jeremy.

5)Akhirnya,Niki dijodohkan dengan Omar Sharif iaitu kawan lamanya semasa belajar di kolej dahulu walaupun Niki tidak berapa setuju dengan pilihan ibu bapanya.Omar Sharif telah membuat keputusan untuk melepaskan Niki pada hari perkahwina mereka.Kemudian NIki telah melarikan diri daripada majlis perkahwinannya untuk bertemu dengan kawannya ketika belajar di luar negara iaitu John Johny Jonathan..

Teknik
1)Kerja-kerja lampu
Terdapat kesan kerja-kerja lampu contohnya semasa Niki keluar makan dengan Ayub .
2)Gerakan kamera
Terdapat kesan gerakan kamera yang di tunjukkan dalam filem ini contohnya ketika Niki melarikan diri semasa majlis perkahwinannya.
3)Kesan-kesan unsur khas
Ditonjolkan ketika kejadian Niki lemas di kolam renang.

Tahap persembahan

a)Mutu lakonan aktor/aktres
1)Watak Niki(Nik Melati Sukma Nik Mat) dibawakan oleh aktres Haliza Misbun agak memuaskan kerana beliau berjaya membawakan watak seorang wanita yang panas baran,suka membantah serta terlalu memilih calon suaminya)
2)Watak ibu dibawakan oleh aktres Maimon Talib dan watak bapa pula dibawakan oleh aktor Jalaludin Hassan amat berkesan kerana kedua-dua watak tersebut merupakan titik tolak dalam filem ini.Kedua-dua pelakon tersebut berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik yang berpadanan dengan hasrat ibu bapa yang menginginkan anak mereka hidup bahagia.
3)Watak Markonah dilakonkan oleh aktres Erra Fazira yang memegang watak sebagai pembantu Niki.Walaupun hanya watak sampingan tetapi, aktres tersebut telah berjaya mejayakan watak tersebut.

b)Buat perbandingan watak
Watak Niki adalah yang paling menonjol dalam filem ini kerana lebih mengisahkan tentang kisah hidupnya untuk mencari teman hidup yang betul-betul sesuai dengannya disamping dibantu oleh watak kedua-dua ibu dan bapanya untuk menggerakkan jalan cerita.Manakala watak-watak yang lain seperti Sarah,Markonah,calon-calon suami yang dicadangkan oleh ibu bapa Niki adalah sebagai watak pembantu yang turut menghidupkan jalan cerita filem ini.Watak-watak tersebut turut memberika impak yang besar terhadap filem ini.Jelas bahawa terdapat perbandingan watak dalam filem ini.

Penghakiman
Berdasarkan filem ini,adalah kurang wajar ditonton oleh semua golongan.Filem ini lebih sesuai ditonton oleh golongan yang berumur 18 tahun ke atas.Hal ini demikian kerana,filem tersebut menampilkan aktres yang berpakaian kurang sopan iaitu tidak menepati budaya masyarakat timur.Selain itu, filem ini diselitkan dengan unsur-unsur khurafat seperti kepercayaan mandi
bunga yang dianggap memudahkan seseorang mendapat jodoh.




pengantar penulisan

Masyaallah...banyaknya assignment...rambang mata nak pilih yang mana satu nak siapkan dulu=(

Tuesday, August 31, 2010

pengantar penulisan

Tok tok tok.....buka je pintu bilik tiba-nampak muka Jan.Astaghfirullah al azim saya terlupa pulak ada kelas sblm pagi ni...bila fikir balik rase macam malas nak pergi..Walaupun lambat sedikit saya tetap kuatkan semangat untuk ke kelas cikgu..Buat cikgu maafkan saya kerana lambat hadir dan selamat menjalani ibadah puasa...

Monday, August 30, 2010

MAKANAN SEMASA HARI RAYA AIDILFITRI

Sejarah Ketupat
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya,manakala ketupat nasi dibuat daripada beras atau padi. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.




Wednesday, August 25, 2010

pengantar penulisan

Rugi rasanya sebab tak pergi kelas sblm semalam...Mintak maaf banyak-banyak ya cikgu sebab saya tak hadir semalam...

Saturday, August 14, 2010

Pengantar penulisan

IBU

Ibu...

Hadirmu bagaikan mentari (3)
Tanpamu tiadalah diri ini
Kaulah hidupku
Kaulah jiwaku
Kasih sayangku hanya untukmu
Wahai insan yang yang bergelar ibu

Ibu...

Kesabaranmu membuatkan aku terharu
Kasih sayangmu membuat aku
Rindu akan dirimu
Pengorbananmu sentiasa dalam ingatanku

Bagaikan menatang minyak yang penuh (1)
Engkau sabar membesarkan diri ini
Walaupun dirimu berada
Dalam kesakitan ketika itu


Ibu...

Kini aku telah dewasa
Anakmu yang dahulunya sering menangis
Kini sedang belajar untuk
Menjadi insan berguna
Mengorak langkah
Mengejar cita-cita (4)
Namun langkahku
Tidak sekental semangatku
Aku telah tersungkur kekalahan

Ibu...

Untuk mengotakan seribu janji
Dengan harapan engkau akan
Tersenyum di kemudian hari
Demi cintaku pada Allah
Demi rinduku pada Rasulullah
Demi kasih sayang pada ibu bapaku
Aku bangkit kembali
Menggenggam seribu harapan

Ibu...

Setelah kian lama aku berjuang
Akhirnya aku berjaya
Kejayaan yang kukecapi kini
Adalah hadiah yang teristimewa
Buat ibuku yang tersayang
Terima kasih
Kerana telah melahirkan diri ini.

Ciri-ciri penulisan kreatif:

1)Menggunakan bahasa kiasan

2)Bersifat komunikatif(Penulis cuba menggambarkan apa yang dialami dan dirasai olehnya)

3)Bernada puitis

4)Menggunakan ragam aktif




Saturday, August 7, 2010

pengantar penulisan

Alhamdulillah selesai satu tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.Nasib baik tugasan tersebut agak mudah..Sebenarnya tugasan berkumpulan lebih mudah jika dibandingkan dengan tugasan perseorangan..Kita boleh berkongsi lebih banyak idea serta dapat meringankan lagi beban kita.Tugasan yang akan datang agaknya mesti lebih mencabar....Kesemua subjek yang saya ambil untuk semester pertama ini sudah ada tugasan yang harus saya selesaikan.Bagaikan nak pecah kepala apabila memikirkannya.Semuanya bergantung pada diri saya sendiri sama ada nak buat ataupun tidak...

Wednesday, July 21, 2010

pengantar penulisan

seronok juga belajar di uum....lebih relaks..pensyarah pun tidak terlalu menekan para pelajar mereka..semoga proses pembelajaran sebegitu dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan....

Saturday, July 17, 2010

pengantar penulisan

hari rabu lepas merupakan kali kedua saya ke kelas pensyarah tersebut...kehadiran dua orang rakanku yang bernama Mas dan Jan telah memberikan saya ilham untuk bangun awal setiap hari...jadi saya tidak perlu tergesa-gesa untuk ke kelas tersebut.....namun pada pagi itu saya ke kelas berseorangan...tetapi saya tidak risau kerana saya sudah tahu di mana kelas tersebut berada......semasa di dalam kelas saya telah mendapat tugasan yang bertajuk dot dot dot.......bagi saya suasana di kelas tersebut agak tenang...memandangkan pelajar yang mengambil subjek tersebut tidak berapa ramai lebih memudahkan proses pembelajaran kami semua..........nampaknya makin bertambahlah tugasan yang perlu saya selesaikan...tetapi itu semua adalah cabaran yang harus saya tempuhi demi kejayaan yang akan saya kecapi suatu hari nanti.........

Wednesday, July 14, 2010

pengantar penulisan

pertama kali saya ke kelas tetapi tersesat..sepatutnya saya turun di perhentian kedua tetapi memandangkan saya seorang diri, saya hanya mengikut jejak rakan-rakan yang turun di perhentian pertama walaupun kami tidak sama kelas.semakin jauh saya berjalan semakin saya keliru dengan jalan-jalan yang ada di sini.......beberapa kali saya tersesat.saya terpaksa ke kelas seorang diri disebabkan terbangun lewat.....tetapi saya bukanlah seorang yang mudah berputus asa.......saya amat bersyukur kerana dikurniakan anggota badan sempurna....saya ada mulut dan saya telah meringankan mulut untuk bertanya kepada orang-orang yang ada di sekitar kampus tersebut...rupa-rupanya baru saya sedar bahawa kelas tersebut ada di sekitar pusat konvensyen......kemudian saya bertemu dengan salah seorang senior yang mengambil jurusan yang sama denganku...dia telah menunjukkan arah yang ingin saya tujui......akhirnya saya tiba di kelas tepat pada masanya....saya amat bernasib baik kerana pada ketika itu pensyarah belum tiba lagi......
bagiku pengalaman tersebut merupakan satu kenangan yang terindah semenjak saya bergelar seorang mahasiswi di UUM....