Sunday, September 19, 2010

Pengantar Penulisan (Ulasan Filem)


Tajuk:Andartu Terlampau...21 hari mencari suami.....

Plot
1) Niki merupakan seorang gadis muda yang berumur 19 tahun.Ibu bapanya membuat keputusan untuk mengahwinkannya dengan calon suami yang dipilih oleh mereka atas sebab-sebab tertentu.Dalam diam-diam Niki telah jatuh cinta dengan doktor psikiatrinya iaitu doktor Ryan Diprojo.Namun dia telah membatalkan hasratnya itu.Kemudian,Niki bercinta dengan pensyarahnya pula iaitu doktor Syeikh Muzaffar tetapi telah mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua ibu bapanya.Daripada hal berikut, Niki telah membuat keputusan untuk ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya.Sebelum itu,Niki telah berjumpa dengan pensyarahnya buat kali terakhir.Akhirnya rahsia pensyarahnya terbongkar apabila Niki mendapati beliau mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain.

2)Niki telah pulang semula ke Malaysia setelah tamat pengajian.Ketika itu,dia sudah berumur 34 tahun tetapi masih belum mempunyai teman hidup.Setelah kembali dari luar negara,Niki telah bertemu semula dengan Ayub yang pernah menaruh hati terhadapnya dahulu.Namun demikian,Niki telah menaruh hati pada Jamil Johari(J.J)iaitu seorang jejaka yang baharu sahaja dikenalinya.Niki berasa pelik dengan perangai J.J dan dia sendiri telah menyiasat latar belakang J.J.Niki berasa tertipu dengan J.J apabila mengetahui bahawa J.J sudah berumah tangga.Oleh itu,Niki telah memutuskan hubungan dengan J.J dan Niki berasa sangat kecewa.

3)Seterusnya Niki telah menjodohkan Sarah dengan Ayub untuk menebus segala kekecewaan Ayub terhadapnya.Kemudian ibu bapa Niki nekad untuk mengahwinkannya memandangkan umurnya yang semakin meningkat.Ole itu, Niki telah diberikan masa selama 21 hari untuk mencari calon suami pilihannya sendiri.Ibu Niki membawanya berjumpa dengan tukang ubat tradisional(bomoh) untuk menjalani upacara mandi bunga supaya mudah untuk mendapat jodoh.Selepas beberapa hari Niki sedar akan perubahan yang berlaku ke atas dirinya selepas mandi bunga tersebut.

4)Ibu Niki telah membawa calon suami yang baharu iaitu Putra Al Biruni .Niki berasa sangat tidak selesa dengan Putra Al Biruni serta langsung tidak menepati cita rasanya.Seterusnya, Niki telah berkenalan dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripada umurnya iaitu Jeremy.Jeremy menjadi model di bawah agensi yang dimiliki oleh Niki.Mereka menyukai antara satu sama lain.Namun demikian hubungan tersebut telah mendapat bantahan daripada ibu Jeremy.

5)Akhirnya,Niki dijodohkan dengan Omar Sharif iaitu kawan lamanya semasa belajar di kolej dahulu walaupun Niki tidak berapa setuju dengan pilihan ibu bapanya.Omar Sharif telah membuat keputusan untuk melepaskan Niki pada hari perkahwina mereka.Kemudian NIki telah melarikan diri daripada majlis perkahwinannya untuk bertemu dengan kawannya ketika belajar di luar negara iaitu John Johny Jonathan..

Teknik
1)Kerja-kerja lampu
Terdapat kesan kerja-kerja lampu contohnya semasa Niki keluar makan dengan Ayub .
2)Gerakan kamera
Terdapat kesan gerakan kamera yang di tunjukkan dalam filem ini contohnya ketika Niki melarikan diri semasa majlis perkahwinannya.
3)Kesan-kesan unsur khas
Ditonjolkan ketika kejadian Niki lemas di kolam renang.

Tahap persembahan

a)Mutu lakonan aktor/aktres
1)Watak Niki(Nik Melati Sukma Nik Mat) dibawakan oleh aktres Haliza Misbun agak memuaskan kerana beliau berjaya membawakan watak seorang wanita yang panas baran,suka membantah serta terlalu memilih calon suaminya)
2)Watak ibu dibawakan oleh aktres Maimon Talib dan watak bapa pula dibawakan oleh aktor Jalaludin Hassan amat berkesan kerana kedua-dua watak tersebut merupakan titik tolak dalam filem ini.Kedua-dua pelakon tersebut berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik yang berpadanan dengan hasrat ibu bapa yang menginginkan anak mereka hidup bahagia.
3)Watak Markonah dilakonkan oleh aktres Erra Fazira yang memegang watak sebagai pembantu Niki.Walaupun hanya watak sampingan tetapi, aktres tersebut telah berjaya mejayakan watak tersebut.

b)Buat perbandingan watak
Watak Niki adalah yang paling menonjol dalam filem ini kerana lebih mengisahkan tentang kisah hidupnya untuk mencari teman hidup yang betul-betul sesuai dengannya disamping dibantu oleh watak kedua-dua ibu dan bapanya untuk menggerakkan jalan cerita.Manakala watak-watak yang lain seperti Sarah,Markonah,calon-calon suami yang dicadangkan oleh ibu bapa Niki adalah sebagai watak pembantu yang turut menghidupkan jalan cerita filem ini.Watak-watak tersebut turut memberika impak yang besar terhadap filem ini.Jelas bahawa terdapat perbandingan watak dalam filem ini.

Penghakiman
Berdasarkan filem ini,adalah kurang wajar ditonton oleh semua golongan.Filem ini lebih sesuai ditonton oleh golongan yang berumur 18 tahun ke atas.Hal ini demikian kerana,filem tersebut menampilkan aktres yang berpakaian kurang sopan iaitu tidak menepati budaya masyarakat timur.Selain itu, filem ini diselitkan dengan unsur-unsur khurafat seperti kepercayaan mandi
bunga yang dianggap memudahkan seseorang mendapat jodoh.




2 comments:

  1. tikah pandainye buat ulasan.. bila nak buat cerpen lak? akak nk baca nih..

    ReplyDelete
  2. hahahah
    cerpen???
    sy xpandai wat cerpen
    tgk nt

    ReplyDelete